Sunday, March 24, 2013

#6

SELEPAS


SEBELUM
Ommie nampak lebih menyerlah lepas make up.

Saturday, March 23, 2013

Mary Kay Lip Mask & Lip Balm






Inilah penyelamat bibir kering. Macam mask muka tapi untuk bibir. Lepas pakai immediately bibir nampak lebih merah dan moist.
 
Pastu pakai lip balm. Muncung lip balm dia condong macam lipstick, so mudah diratakan.

Mary Kay Lash Primer Mascara



Maskara ni macam conditioner rambut, bagi bulu nampak mata lembut. Pakai ni je pun boleh, bagi bulu mata kemas dan lentik. Also, bagi volume untuk pakai maskara.



Mary Kay Lash Love Mascara
















Ini tak waterproof. Tapi still kemas dan tak comot. Mudah sangat pakai. Sekali sapu dah nampak tapi tak overdone. Kalau nak tebal, sapu 2-3 layer lagi, then kemaskan dengan lash comb. Eye curler tak perlu sebab berus mascara dia mudah lentikkan bulu mata.
 
Nak cuci mudah je tanggal. Tak perlu rub bulu mata.
 


Mary Kay Gel Eyeliner


The best gel eyeliner ever, tapi sayangnya limited edition :(. Harap-harap Mary Kay keluarkan lagi gel eyeliner. Ada 2 warna: Jet Black dengan biru.

Eyeliner ni mudah dipakai, smooth dan kemas. tak comot.

#5

SELEPAS

SEBELUM


Simple make up untuk ke ofis. Mata Zu nampak menyerlah lepas pakai eye liner dengan maskara. 

#4


SELEPAS

SEBELUM


 
Sebelum sesi facial dan make up nampak kusam sikit.. tapi selepas, vavavom nampak kulit sangat sihat dan berseri2.
 
Bawah mata Jihan gelap sket sebab banyak try eye shadow, so powder dia jatuh. Lupa nak pesan cover dengan facial cotton. Apa pun, Jihan boleh pakai macam2 warna dan stail eye shadow sebab mata dengan kening luas.

#3



SELEPAS

SEBELUM


Combination blusher dan lipstick buat Dayah berseri-seri. Warna just nice dengan warna baju yang tak strong sangat, pandai pilih. 
 
Dayah pakai mask sebelah kanan muka. Cuba perhati, nampak gebu dan tak nampak pori2 muka.
 

#2



 
SELEPAS
SEBELUM


Nampak berseri tak? Lepas make up nampak bertenaga dan menyerlah especially part mata. Also, thanks to Wani sebab initiate sesi hawa. Nanti kita belanja nasik ayam kukus k hihi..





#1




SEBELUM


SELEPAS
 

Macam putih sikit. Mungkin sebab flash sebab kawan yang tengok live sebelum dan selepas kata lagi elok selepas.
 
Yang ni saya pakai jenis matte dan warna Beige 3. Mary Kay ada 2 jenis foundation dan 5 warna. Hmmm maybe kena pakai foundation yang gelap sikit.
 
Then pakai mineral powder, brush dia sangat lembut.
 
Paling best part mata. Nampak ketara sebelum dan selepas.
 
Mary Kay Gel Eyeline (Jet Black) dia sangat best..smooth and kemas. Kalau liquid eyeliner sangat kecik dan menggigil-gigil nak pakai, kena tangan yang steady je boleh. Tapi yang ni sangat senang pakai sebab brush dia tak kecil sangat and sekali sapu je pun boleh sebab line dia tak putus-putus dan kemas.
 
Untuk bulu mata, saya pakai maskara Lash Primer dulu. It's clear gel. Maskara ni macam conditioner rambut, bagi bulu mata lembut. Pakai ni je pun boleh, bagi bulu mata kemas dan lentik. Also, bagi volume untuk pakai maskara.
 
Then pakai maskara Lash Love. Sangat best sebab bulu mata tak bergumpal, macam sikat rambut je.. Siap, tada...
 
 

Sesi Hawa KDN Bersama Mary Kay

Sesi hawa dengan kawan-kawan di pejabat, belajar facial dan make up menggunakan produk Mary Kay. Teruja sebab semua berseri-seri lepas habis sesi. Terima kasih pada Zai dan Nora dari Mary Kay yang sudi datang dari Melaka ke Putrajaya, jauh tu. Tapi berbaloi sebab semua happy especially dapat cuba sendiri produk baru yang tak ada kat kedai. Consultation free and datang bawa badan je.
 
 
 
Mula-mula beauty consultant analyse kulit then baru rekomen jenis produk. Daripada pencuci, toner, mask sampai skin freshner semua ada untuk kategori khas: kering, normal, berminyak. Yang ni Zai rekomenkan saya skincare normal. Selesa dan rasa bersih kulit, takde rasa pijar2 or kering. Maybe sebab produk dia sangat gentle dari buah-buahan. Plaing best produk Mary Kay buat ujian pada volunteers, bukan rabit. Facial cloth dia memang tarik habis sume minyak2 and makeup.
 
Gambar ni tengah pakai facial mask.  Nak cuba kena sebelah muka je supaya dapat tengok perbezaan immediately. Memang muka sebelah je gebu (ehhem..).
 
Lip mask pun pakai sebelah. Dah umur camni memang sangat2 la kering bibir, duk dalam aircon pastu pakai lipstick hari2. Tapi lepas pakai lip mask dengan lip balm ada perubahan sikit, bibir tak rasa kering sangat and nampak lembap. Terus beli lip mask dengan lip balm Mary Kay, kena pakai 2-3 kali seminggu.  
 
 
Dapat present dari Zai sebab jadi hos, best... Ni lah Zai Mary Kay dari Melaka. Siapa sangka muda-muda dah jadi Sales Director, rezeki bertambah2 alhamdulillah. Chaiyok!!